Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan tenang apabila di Bangunan Perdana Putra sekitar 8 pagi tadi.

Daripada riak wajah beliau, Muhyiddin tetap tenang melambai ke arah petugas media seakan tiada isu yang berlaku walaupun dihimpit berbagai serangan politik kini.

Beliau dijangka bakal mengadakan mesyuarat khas Kabinet bagi menyelesaikan kemelut politik sedia kini pada jam 10 pagi hari ini.

Satu laporan mengatakan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof memaklumkan Muhyiddin akan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

Beliau dilaporkan berkata, keputusan itu antara perkara dibincangkan ketika mesyuarat Ahli Parlimen daripada BERSATU dengan Muhyiddin di Publika, semalam.

Tamat