Pada Jumaat lalu, harga minyak sawit mentah MSM ditutup antara paling tinggi sebanyak RM 4,753 bagi satu tan.

Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali berkata, pihaknya telah melakukan segala termampu bagi memulihkan ekonomi pekebun sawit.

“Suka saya ingin maklumkan bahawa harga Minyak Sawit Mentah (MSM) ditutup tinggi pada Jumaat lepas iaitu RM4,753 satu tan.

“Harga ini menghampiri harga tertinggi yang tercatat dalam sejarah negara pada 11 Mei 2021 lalu iaitu RM4,758 satu tan dalam tempoh 10 tahun.

“Harga ini sebenarnya secara konsisten melebihi RM4,400 satu tan sejak 23 Julai 2021 lalu. Kerana itu saya sentiasa nyatakan bahawa Sawit Anugerah Tuhan. Sebagai contoh dengan kenaikan harga buah tandan segar (BTS) melebihi RM1,000 satu tan, peneroka dengan kebun sawit seluas 4.04 hektar (10 ekar) boleh mengecapi pendapatan sekitar RM6,000 sebulan,” katanya melalui satu posting di laman Facebook beliau.

Menurutnya beliau berharap rezeki ini akan berkekalan lama dan mampu menggembirakan pekebun-pekebun sawit.

“Ia adalah rezeki dan pencapaian yang Allah kurniakan kepada negara kita khususnya buat pekebun-pebun sawit yang jumlahnya lebih 500,000 orang di seluruh negara.

“Semoga mereka terus tersenyum dengan rezeki yang diturunkan kepada mereka dan ekonomi negara ini”. katanya

Tamat.