Dalam usaha memulihkan negara dan perpaduan semasa, PAS berdiri teguh menyatakan pendiriannya bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tetap komited bersama Muhyiddin dalam waktu senang dan susah terutama dalam memulihkan kembali negara yang dilanda pandemik COVID-19.

“Saya turut mengulangi komitmen untuk terus bersama di waktu senang dan susah, khususnya dalam usaha memulihkan negara dan memperkukuh perpaduan semasa,” katanya.

“Sebentar tadi saya menghubungi Tan Sri Muhyiddin Yassin, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan memberikan kata-kata semangat kepadanya,” katanya melalui laman sosial rasmi Facebook beliau.

Nyata pada masa sama, sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal berterusan meskipun beliau sudah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Menurutnya beliau memandang tinggi segala usaha sama Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kekal memartabatkan dan memulihkan negara dalam usaha memerangi pendamik virus COVID-19.

Tamat