Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua ahli Dewan Rakyat perlu mengemukakan surat akuan masing-masing kepada pihak Istana Negara sebelum jam 4 petang hari ini.

Baginda berkendak supaya semua 220 ahli Dewan Rakyat mempersembahkan surat akuan yang menyatakan seorang ahli Dewan Rakyat diberi kepercayaan menjadi Perdana Menteri baharu.

“Seri Paduka mahu semua 220 ahli Dewan Rakyat mempersembahkan kepada baginda surat akuan yang menyatakan seorang ahli Dewan Rakyat diberi kepercayaan ahli Dewan Rakyat menjadi Perdana Menteri baharu.

“Baginda turut menegaskan surat akuan itu bertujuan membantu baginda membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat seperti diperuntukkan mengikut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” titah baginda dalam kenyataan disiarkan Istana Negara, hari ini.