Cakap-cakap kedai kopi, pejabat, mahupun media sosial hari ini mula memperkatakan berkenaan susuk tubuh ‘Abah’.

Ramai orang di semua lapisan masyarakat mula merindui kemunculannya di kaca televisyen begitu bersahaja tenang, dan sering menjadi bualan semua.

Hinggakan suara alunan doa beliau mulai terngiang-ngiang di telinga memohon penuh simpati kepada yang Maha Esa yang sebelum ini, belum pernah dilakukan oleh mana mana Perdana Menteri sebelum ini.

Inilah yang sebenarnya dimahukan oleh rakyat, mahu berkerjasama dengan semua pemimpin parti politik secara matang dan pada tidak menolak pimpinan ulama.

Ini jelas, disebabkan kita sebuah negara bertunjangkan Islam dan majoriti penduduknya juga beragama Islam tanpa menolak prinsip Raja Berperlembagaan.

Hal ini menyebabkan orang Melayu seperti mendapat haknya semula, selepas seperti dinafikan oleh kerajaan sebelum ini. Secara realitinya kerajaan yang memerintah sebelum ini banyak menganaktirikan bangsa Melayu dan memingggirkan hak agama Islam.

Selepas Tan Sri Muhyiddin memegang tampuk pemerintahan, orang Islam dan Melayu lantas lega dengan konsep yang dibawa beliau, seiring bangsa dan agama.

Rakyat mahu melihat keseimbangan kuasa seperti mana yang telah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika proses menyelesaikan konflik pendamik COVID 19.

Keseimbangan kuasa ini menyebabkan portfolio menteri yang dipilih berdasarkan bidang kemahiran masing-masing bukannya sekadar memenuhi quota jemaah menteri.

Sebahagian jemaah menteri yang dilantik bukanlah dari parti politik seperti mantan Menteri Kewangan, Menteri Agama, yang memang pakar tanpa mengira latar belakang politik.

Namun, akibat tekanan politik berbagai pihak yang berteraskan dendam kesumat, dan dominasi, survival karrier politiknya terpaksa dilepaskan bagi melihat penyatuan agama dan bangsa, terutamanya ketika kemelut pendamik COVID 19 ini.

Keadaan ini menyebabkan rakyat mulai bimbang, kerana Perdana Menteri sebelum ini, kelihatannya berbeza prinsip dengan Tan Sri Muhyiddin.

Boleh dikatakan beliau sentiasa mengambil berat berkenaan hal rakyat, mendengar sentiasa ada dalam segenap hal tanpa menekan rakyat.

Segala pakej bantuan kepada rakyat, pakej ransangan ekonomi sebelum ini belum pernah dilaksanakan sebelum ini. Beliau terpaksa mengambil risiko dalam perbelanjaan wang negara bagi memenuhi perut rakyat yang ketika itu terpaksa berhadapan dengan konflik pendamik COVID 19 yang mengancam ekonomi dunia.

Banyak perubahan yang dibuat oleh beliau. Perubahan juga dibuat jangka masa terdekat, merubah semula konsep geopolitik Malaysia yang akhirnya menobatkan negara ini antara yang paling cepat memberi bantuan kepada rakyat dan melancarkan proses imunisasi.

Barisan kempimpin beliau begitu utuh, melonjak semula ekonomi, kewangan negara, kesihatan rakyat serta melalui komoditi yang menjadi sumber ekonomi penting.

Pengendalian vaksinasi negara berlaku pantas melalui pendidikan awal yang mendorong kepada penerimaan vaksin di kalangan rakyat.

Bukan setakat itu, ekonomi negara kini ditunjangi oleh hasil komoditi di bawah pimpinan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mantan menteri di Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi.

Di saat negara lain bimbang berkenaan pengeluaran ekonomi, Malaysia gah, menembusi pasaran getah di sektor sarung tangan perubatan yang menjadi keperluan sewaktu era pendamik COVID 19.

Tidak sekadar itu, Malaysia turut menjadi playmaker kepada industri lelemak dunia, mengetengahkan industri minyak sawit mentah dalam berbagai guna.

Jika pada era kerajaan sebelum ini, kita bimbang, jika Kesatuan Eropah menolak minyak sawit, kini membuka pasaran sendiri melalui dagangan lain ke benua Afrika dan Timur Tengah.

Tidak setakat itu, harga minyak sawit dunia mencanak naik, Malaysia masih mampu menambah nilai subsidi kepada rakyat, mengurus harga siling dan bukannya dengan jawapan bodoh dan lepas tangan yang biasa kita lihat sebelum ini.

Kejayaan demi kejayaan membuktikan si ‘Abah’ begitu bertolensi dengan rakyat, harga tarif elektrik dapat diselesaikan, dasar pekerjaan juga ditambah baik, walaupun mereka hanya bekerja daripada rumah.

Walaubagaimanapun Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri adalah pilihan paling mudah untuk beliau menyelesaikan kemelut politik ketika ini.

“Saya patuh kepada Perlembagaan dan akan mengambil jalan terhormat untuk menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku. Jika saya meletak jawatan pada masa ini, bukan saya seorang sahaja yang berhenti menjadi Perdana Menteri.

“Menurut Perlembagaan Persekutuan, saya hendaklah meletakkan jawatan seluruh anggota Jemaah Menteri. Ini bermakna kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir negara pada masa ini akan jatuh,” katanya dalam ucapan khasnya.

Beliau juga amat bimbang kepada masa depan negara jika krisis politik berlarutan dan kerajaan baharu tidak dapat dibentuk dalam kadar segera, selain pentadbiran mana yang akan memastikan program vaksinasi berjalan lancar dan mengikut jadual.

Menurutnya untuk tempoh dua bulan akan datang adalah amat genting dan jika semua perancangan kerajaan dapat dilakansakan seperti dijadualkan, negara akan mencapai imuniti kelompok pada Oktober.

“Saya memikirkan dalam keadaan tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain yang mendapat sokongan majoriti pada masa ini, Perdana Menteri yang baharu tidak boleh dilantik menurut Perlembagaan. Apabila Perdana Menteri tidak boleh dilantik, maka Kabinet pun tidak boleh dilantik dan kerajaan baharu tidak dapat dibentuk.

“Sekiranya terganggu dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan dan kerajaan sah tidak dapat dibentuk, sasaran imuniti kelompok tidak akan dapat dicapai dan nyawa rakyat akan terus berada dalam bahaya,” katanya.

Oleh itu, pengunduran semua jawatan menteri kabinetnya dilakukan secara penuh hormat, dipulangkan puncak kuasa kepada Yang Di Pertuan Agong.

Jika diimbas kembali, ada pihak yang menyebabkan tumbangnya kerajaan yang mewakili kepentingan ‘Melayu/Islam’.

Kita tahu ada tiga kelompok besar dalam kalangan pemimpin tertinggi UMNO. Yang pertama kumpulan yang mahukan UMNO bersama PN.

Semua rakyat tahu ada tiga kelompok besar dalam kalangan pemimpin tertinggi UMNO. Yang pertama kumpulan yang mahukan UMNO bersama PN.

Yang kedua, mereka yang tak berjawatan lantang menolak kerjasama dengan PN. Yang ketiga, pihak lebih senior dan ‘gedebe’ mahu menjatuhkan kabinet Tan Sri Muhyiddin.

Lagipun menteri UMNO berada dalam kedudukan kementerian yang strategik. Sifat tamak dan memonopoli ‘gedebe’ itu membuatkan mereka tidak merasa puas sekiranya tidak memegang tampuk kuasa walaupun sudah menjadi parti kompenen dalam kerajaan lalu.

Sifat inilah membusuk telah lama di dalam parti ini, yang membuatkan rakyat berasa mual tak mahu mengambil tahu berkenaan hal politik negara.