PAS mengambil keputusan untuk memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob sebagai calon Perdana Menteri.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, bahawa kesemua 18 Ahli Parlimen menyokong pencalonan berkenaan.

“Kita sokong sepenuhnya dan SD (akaun bersumpah) sudah siap untuk kita hantar (Istana Negara) petang ini. Kita sudah pun buat keputusan.

“(Di peringkat) PAS tiada isu lagi, semua 18 (Ahli Parlimen) ‘solid’ kita beri sokongan (kepada Ismail Sabri),” katanya ditemui lobi Menara Dato Onn’ hari ini”.

mengesahkan kesemua 18 ahli Parlimennya menyokong pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob sebagai calon Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perkara itu dinyatakan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemui selepas selesai mengadakan pertemuan bersama pimpinan UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Rabu.

Hadir sama dalam pertemuan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hasan, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dan Ahli Pimpinan PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali hadir mesyuarat di ibu pejabat UMNO itu bersama pemimpin UMNO.

Tamat