Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini, dijalankan sebanyak lima kumpulan secara berperingkat untuk 114 Ahli Parlimen.

24 Ahli Parlimen GPS dan UMNO menjadi kumpulan pertama bermula pada jam 10 pagi diikuti 25 ahli Parlimen UMNO, BERSATU dan Bebas pada jam 11.10 pagi.

Kemudianya diikuti kumpulan ketiga 25 Ahli Parlimen UMNO dan BERSATU pada jam 2 petang, diikuti 22 ahli Parlimen UMNO, MCA, MIC, PBRS, PBS, STAR dan Bebas pada jam 3.10 petang.

Seramai 18 Ahli Parlimen PAS menjadi kumpulan terakhir menghadap Seri Paduka pada jam 4 petang.

Sesi menghadap hari ini bertujuan mengesahkan surat akuan sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tamat