Usaha search and rescue SAR tragedi kepala air menemukan tiga mangsa di semua lokasi yang dilaporkan terdapat mangsa yang terperangkap dan hilang.

Tiga mangsa yang terkorban telah diturunkan dan diserahkan kepada PDRM untuk dibawa ke hospital untuk urusan selanjutnya.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi MD Nor berkata, kerajaan negeri telah menggerakkan semua agensi dan jabatan bagi menangani bencana kepala air di Daerah Yan dan Kuala Muda yang terjadi jam 5.30 perang semalam.

“Bilik Gerakan peringkat Daerah dan Negeri telah diaktifkan. Pasukan Bomba dan Penyelamat menggerakkan pasukan Search and Resque (SAR) bagi mencari lagi mangsa yang hilang.

“Seramai 20 pekerja Hotel The Jerai Hill Resort yang terperangkap di atas Gunung Jerai dibawa turun pada hari ini,” katanya.

Paras air telah surut tetapi orang ramai dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga kerana hujan masih turun di kawasan terbabit.

Pada masa sama, Pegawai Daerah Yan YM Tengku Iskandar yang mengetuai PKOB Daerah Yan akan menguruskan tindakan lanjut untuk membantu penduduk yang terkesan dengan bencana dan menyediakan laporan lengkap berkaitan bencana ini seberapa segera.

Tamat