Pihak PAS mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob di atas perlantikannya sebagai Perdana Menteri kesembilan

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika itu, membuat ucapan rasmi di laman Facebooknya, hari ini.

“Parti Islam Se-Malaysia (Pas) menjunjung kasih titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memperkenankan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.

“Pas mengucapkan setinggi tahniah kepada Ismail Sabri atas pelantikan ini dan mendoakan agar sentiasa dikurniakan taufiq dan hidayah-Nya bagi melaksanakan tanggungjawab yang amat berat ini.

“Pas menyeru semua pemimpin dan rakyat untuk menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong ini bagi membolehkan kerajaan meneruskan segala usaha untuk menangani pandemik Covid-19, memulihkan ekonomi dan memperkukuh perpaduan dalam negara,” katanya.

Tamat