“Moga negara dan rakyat di bawah kepimpinan beliau lebih maju dan harmoni lagi sejahtera di bawah lindungan Ilahi” itu antara ucapan daripada Dato’Dr Khairuddin Aman Razali kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri.

Dr Khairuddin berkata, beliau mengucapkan tahniah buat Ismail Sabri yang dilantik sebagai Perdana Menteri hari ini.

“Setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikan ini”

“Merafak sembah menjunjung kasih di atas perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang kesembilan,” melalui laman sesawang Facebook miliknya.

Dr Khairuddin juga memaklumkan prestasi Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi yang pernah diterajuinya sebelum ini meningkat naik dengan baik hari akhir tugas beliau sebagai Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi.

“Pencapaian Eksport Komoditi Negara untuk suku kedua (April-Jun) 2021 adalah penutup yang baik (Husnul Khatimah) untuk saya apabila nilai eksport produk agrikomoditi melonjak sebanyak 65 peratus kepada RM105 bilion berbanding hanya RM64 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.

“Sasaran eksport sawit bernilai RM75 bilion tahun ini mampu dicapai susulan prestasi yang memberangsangkan, walaupun negara masih berdepan masalah kekurangan pekerja di ladang,” katanya.

Selain itu, mengenai produk getah, Mohd Khairuddin berkata, ia menyumbang 42 peratus daripada keseluruhan nilai eksport barang agrikomoditi, iaitu peningkatan 150 peratus kepada RM44 bilion, berbanding RM17.77 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.

“Malaysia juga muncul negara pengeluar terbesar dunia bagi sarung tangan getah apabila menguasai 65 peratus pasaran produk berkenaan,” katanya,”.

Tamat