“Saya mendoakan semoga YAB Dato’ Sri Ismail Sabri akan dapat menggalas amanah kepimpinan dengan sebaik mungkin dan mengemudi negara ke mercu kejayaan,” itu ungkapan mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melalui laman Facebooknya selepas menerima kunjungan Perdana Menteri tadi.

Menurutnya beliau sentiasa mendoakan Ismail Sabri supaya dapat memberikan khidmat yang terbaik terhadap tanggungjawabnya yang amat berat kini.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri.

“Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan insya-Allah akan terus membantu Kerajaan Perikatan Nasional menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negara,” katanya.

Tamat