“Saya bersyukur kepada Allah dan atas izin-Nya, saya dilantik sebagai perdana menteri,” itu kata-kata daripada Datuk Seri Ismail Sabri sejurus memberi ucapan ringkasnya ketika ditemui tadi.

Beliau turut mengucapkan kesyukuran atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, melantiknya ke jawatan itu.

Beliau juga berterima kasih kepada semua pemimpin parti politik termasuk daripada blok Bebas yang memilihnya sebagai Perdana Menteri kesembilan.

“Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan Ahli Parlimen termasuk Bebas dan ketua parti politik,” katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO memaklumkan akan membuat kenyataan rasmi susulan pelantikan sebagai Perdana Menteri khusus bagi semua lapisan rakyat di negara ini, esok.

Tamat