Membina semula semangat mangsa sesuatu tragedi bukanlah satu tugas mudah, perkara berkenaan turun digalas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, yang turun padang menziarahi mereka.

Dr Khairuddin meluangkan masa selama satu hari, memberi sumbangan dan bertemu dengan mangsa kejadian kepala air di Yan semalam.

“Setiap yang berlaku pastinya mempunyai ibrah bertentu. Kejadian ini memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia amnya untuk membantu meringankan beban mangsa tragedi bagi memperbanyakan amalan berinfaq, beramal semampu mungkin.

“Kita dapat melihat kesepaduan rakyat Malaysia, menghulurkan segala macam bentuk bantuan, dari segi makanan siap dimasak, makanan kering, tenaga kerja, gerak pengurusan, pakaian, pasukan masjid, belia badan AMAL, serta muslimat tanpa mengira latar belakang warna serta kepentingan politik.

“Walaupun kejadian berlaku di Yan, Gurun, dan Merbok, namun sumbangan tetap datang dari seluruh pelusuk negara, inilah yang menunjukkan kekuatan kita sebagai rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui dalam sesi ziarah dan bantu bersama ADUN Sungai Limau, Ustaz Azam Abdul Samat serta NGO di Yan, Kedah semalam.

Pada masa sama, beliau turun mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa, serta mendoakan supaya keselamatan mereka semua terjamin.

Menurut beliau, lebih 200 buah rumah, terjejas dalam fenomena kepala air yang berlaku sejak lima hari lepas.

“Melihat kepada keperluan mangsa, mereka, mareka perlukan selimut dan bantal kerana, barang berkenaan semuanya tidak lagi dapat digunakan akibat rosak dihanyut air.

“Begitu juga, dapur ratanya rosak dimasuki air, jadi sedikit sebanyak sumbangan yang diberikan diharap mampu mencipta senyuman di wajah mangsa” katanya.

Sementara itu, mangsa tragedi kepala air, Asriah Bakar 53 berkata, dia amat berterima kasih atas kunjungan daripada Dr Khairuddin yang mengambil berat terhadap mereka.

“Kami sekeluarga sangat berterima kasih dengan semua bantuan yang diterima, dan sehingga hari ini Kami masih lagi meneruskan kerja pencucian rumah.

“Anggaran kerugian masih lagi belum dikira, namun sumbangan bantal, dapur tilam serta selimut sangat diperlukan apabila datang musim hujan begini,” katanya ketika ditemui.

Tamat.