Sumbangan sebanyak RM 50,000 disampakaikan kepada Pertubuhan Sukarelawan Pantas Malaysia (SPM) daripada Majlis Getah Malaysia (MRC) bagi membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha menguruskan jenazah pesakit mangsa COVID 19 di hospital sekitar Lembah Klang.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MRC, Nurul Islam Mohamed Yusoff kepada Presiden SPM, Shahrul Nizam Sulaiman di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Gombak pada Sabtu lalu.

MRC melalui satu kenyataan berkata, sumbangan itu merangkumi bantuan kewangan sebanyak RM32,000 serta pembelian 450 set peralatan perlindungan diri (PPE) bernilai RM18,000.

Menurut MRC, sumbangan tersebut merupakan kesinambungan Program Bantuan Prihatin MRC untuk melestarikan institusi kesihatan negara.

“Bantuan ini diharap dapat membantu meringankan beban KKM dan petugas barisan hadapan dalam menangani krisis pandemik Covid-19,” menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Sementara itu, Nurul Islam berkata, Program Bantuan Prihatin MRC merupakan salah satu inisiatif di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Sumbangan yang telah disalurkan kepada pihak SPM adalah bagi membantu melancarkan pengurusan jenazah pesakit Covid-19,” katanya