Di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading, hampir 5000 penduduk mengalami krisis air akibat masalah pam rosak di dasar sungai.

Sejak semalam, krisis air di Kuala Nerus sekali lagi melanda Kuala Nerus ekoran ketidakstabilan dan tekanan air yang rendah Loji Berangan.

Oleh itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengambil pendekatan pantas berkerjasama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Buluh Gading YB Ustaz Ridzuan Hashim menyalurkan air ke kawasan terjejas secepat mungkin.

“Dengan menggunakan air yang dibekalkan oleh pihak SATU, Jabatan Bomba dengan kerjasama unit AMAL menggerakkan jenteranya mengagihkan air ke kawasan yang sukar di akses bagi memudahkan penduduk di sini.

“Sejak semalam, Pihak PK-Nerus dan PKM ADUN setiap Dun bertungkus lumus menggerakkan jawatankuasa bekalan air setelah mendapat maklum permasalahan yang berlaku daripada pihak SATU.

“Kepada Allah kita memohon agar ujian ini tidak berpanjangan seperti sebelumnya. Yang penting, kita berusaha dan bertawakal kepadaNya,” katanya

Tamat