Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan memberi kerjasama dalam usaha menstabilkan keadaan politik negara serta menyelesaikan kemelut pendemik COVID-19.

“Kita harus berkerjasama dalam berdepan dengan permasalahan COVID 19 yang lebih besar, program-program pro rakyat yang menyentuh permasalahan golongan miskin dan kehilangan pekerjaan.

“Itu kita lebih tekankan menjadi menjadi keutamaan asas dalam negara dan bagi mententeramkan suhu politik itu memang kita semua persetujui,” katanya selepas bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Menurutnya, selepas ini bakal diadakan mesyuarat susulan peringkat jawatankuasa bagi menyelaraskan apa yang boleh dipersetui supaya kedudukan politik negara lebih aman.

Tamat