Walaupun lebih jam 1 pagi, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali masih berjaga bertungkus-lumus memastikan bekalan air kepada penduduk dapat diedarkan sebaiknya kepada rakyat.

Menurutnya Dr Khairuddin berkata berbagai persediaan telahpun dibuat bagi memastikan bekalan air cukup buat semua sama ada untuk keperluan memasak, minum , mandi dan mencuci.

“Di Dun Tepoh, persediaan telah dibuat dengan kekuatan 10 pickup 4×4 dan 6 lori tangki yang bersedia menunggu arahan untuk berkhidmat.

“Salah satu tujuan adalah memudahkan penduduk yang sukar untuk keluar dan diantaranya mereka yang dikuarantin, uzur dan berada di kawasan perumahan.

“Insha Allah, khidmat kita untuk menjaga kebajikan rakyat. Apa sahaja permasalahan, boleh disampaikan melalui dun ataupun parlimen, katanya semalam ketika membantu proses penghantaran air di Dun Tepoh.

Hadir sama,Adun Buluh Gading, Ustaz Ridhuan Hashim, Adun Tepoh Hishamuddin Abdul Karim turut memantau sistem pengagihan bekalan air.

Menurut Dr Khairuddin selepas krisis air yang berlaku pada awal Ogos baru-baru ini, kebanyakan penduduk telah membuat persediaan dengan memboreng air bagi menghadapi kemungkinan berlaku.

“Walaubagaimanapun pusat bekalan air di Seberang Takir tetap berjalan walaupun permintaan air bersih tidak seperti krisis air baru-baru ini.

“Walaupun begitu, mereka tetap bersedia untuk berkhidmat kepada mereka yang memerlukan. Oleh itu, satu perkara yang boleh dicontohi ialah Unit AMAL masih giat menjalankan misi bantuan bekalan air ke kawasan perumahan menggunakan mobil tanker yang disediakan.

“Melalui tinjauan di DUN Buluh Gading, Bukit Tunggal, Tepoh dan Seberang Takir mendapat usaha semampunya telah dilakukan dengan sebaik-baiknya walaupun mereka terpaksa berhadapan dengan kesukaran dan cabaran,” katanya.

Tamat