Kawasan daerah Yan yang sebelum kaya dengan hasil khazanah bumi semula jadi kini bagaikan lumpuh dilanda badai apabila terlibat satu fenomena kepala air di Gunung Jerai.

Majlis Belia Daerah Yan, turun sebagai sukarelawan sejak hari pertama kejadian bagi membantu penduduk kampung.

Akibat daripada fenomena berkenaan, hampir semua kawasan reakrasi daerah berkenaan turun musnah sekelip mata walaupun pembinaannya menelan belanja besar.

Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan Dan Perlancongan Negeri Kedah, Mohd Firdaus Ahmad berkata, pihaknya akan mengusulkan beberapa budget bagi menambah baik lokasi pelancongan dan rekreasi di Yan.

“Kita semua sedar, kawasan daerah Yan ini, salah satu sumber ekonominya melalui eko pelancongan alam semula jadi, serta reakrasi, jadi saya akan membawa usul supaya dapat dipulihkan kepada keadaan asal secepat mungkin.

“Kebanyakkan pengusaha operator pelancongan reakrasi semuanya terdiri daripada rakyat tempatan yang lahir daripada kursus khas di anjuran Majlis Belia.

“Oleh itu, amat berpatutan Insyaallah kita akan bantu semula, bagi membangunkan semula lokasi geopark ini,” katanya.

Hadir sama, ADUN Sungai Limau, Ustaz Azam Abdul Samat, Pengarah Belia Dan Sukan Negeri, Abd Aziz Abd Rahman.

Beliau pada masa sama turut meluluskan peruntukan sebanyak RM 10,000 bagi membantu pengurusan Majlis Belia Daerah Yan, dalam usaha membantu penduduk terkesan.

Sementara itu, Ustaz Azam berkata, beliau berterima kasih atas kerjasama badan gabungan Majlis Belia Daerah Yan, yang terus turun padang menghulurkan bantuan tenaga kerja terutamanya.

“Saya amat berterima kasih, melihat semangat kesukarelawan di kalangan para belia tempatan. Mereka masih muda, namun memberi sumbangan pada gerak kerja semasa pasca bencana.

“Alhamdulillah ramai sukarelawan tempatan berdaftar turun padang membantu, NGO tempatan, badan Unit AMAL, Persatuan Pengakap Kelana, Dan Bulan Sabit Merah,” katanya.

Tamat