Tahun 2021 akan sentiasa diingati semua peladang, pekebun komoditi apabila harga pasaran melonjak naik, selain dagangan juga diluaskan ke rantau baru seperti di Afrika, China, negara Timur Tengah.

Mantan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Dr Khairuddin Aman Razali berkata, melihat kepada carta potensi item komoditi beliau sangat bersyukur kepada dapat menggembirakan satu juta keluar pekebun kecil.

Antara agrokomiditi yang meningkat naik dapat dilihat pada sektor sawit, getah, lada serta koko yang memberi pulangan lumayan kepada petani.

“Contoh terdekat apabila melihat trend harga buah tandan segar sawit di ladang telah melonjak daripada bawah RM300 pertan sebelumnya khususnya pada 2018, 2019 dan awal 2020 kepada harga tertinggi dalam rekod sejarah sawit iaitu lebih RM1000 pertan.

“Harga Minyak Sawit Mentah pun semalam dan sepanjang Ogos masih berlegar pada harga RM4500 berbanding dulu hanya sekitar RM2000 sahaja,” katanya.

Peningkatan harga lebih dua kali ganda ini disebabkan berlakunya promosi oleh pihak kerajaan serta berlakunya projek kajian yang menaik taraf komoditi itu sendiri.

Begitu juga dengan harga getah Yang melonjak naik pada paras tertinggi, memberi keuntungan kepada penoreh dan keluarga.

“Harga Getah Sekerap dulunya hanya sekitar RM1.60- RM2.20 perkg pada 2018 hingga awal 2020. Alhamdulillah sekarang sekitar RM3 perkg untuk 50% KGK (kadar getah kering). Projek getah krip dan jalur lateks perlu direncana dan digerakkan dengan penuh kesungguhan.

“Melalui perbincangan dengan Thailand dan Indonesia sebagai pembekal utama getah dunia mesti diperkasakan terutamanya bagi menolak manipulasi harga” katanya.

Menurut Dr Khairuddin berkata, bagi mencapai taraf ini, perbagai inisiatif perlu dilakukan termasuk membuat membuat promosi kepada negara negara lain seperti yang dilakukannya sebelum ini.

“Masih banyak yang perlu dilakukan. Promosi besar-besaran kepada negara-negara dunia selain Eropah, China dan India mesti diteruskan dan diperkasakan khususnya di Afrika, Timur Tengah dan Asia Tengah yang berpopulasi besar menerusi pelbagai libat urus dengan duta-duta, warga industri dan badan perdagangan antarabangsa.

Pada masa sama, Malaysia juga turut membuat tindakan mahkamah kepada Eropah yang mendiskriminasi sawit perlu diteruskan. Malaysia perlu terus “offensive” bukannya “defensive”. Ia membantu mempositifkan pasaran,” katanya.

Menurut Dr Khairuddin sekarang ini, Malaysia harus melihat satu kamoditi baru, bagi menambah tanaman yang bernilai tinggi seperti Kenaf.

“Kenaf sebagai Komoditi masa depan mesti diperluaskan penanamannya di seluruh negara melibatkan kerjasama agensi negeri dan persendirian. Kegunaan kenaf untuk manusia wajar diperluaskan dengan pelbagai produk hiliran.

“Walaupun kejayaan ini tidak datang sekelip mata, ianya hasil usaha semua, cukuplah ia memberi kegembiraan sepanjang khidmat bersama warga komoditi.

“Insyallah, sebagai ahli parlimen, perjuangan untuk rakyat pasti diteruskan lagi. Komoditi yang sangat dekat dengan rakyat insyallah sentiasa dekat di hati”.

Tamat