Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba mempolitikkan isu solat di atas batu semasa operasi kepala air di Yan tempoh hari.

“Agama tidak boleh menjadi bahan senda gurau dan mainan. Ibadah solat pun sama, jadi jangan sesekali menimbulkan isu berkenaan ini.

“Jangan diejek orang yang solat. Al-Quran memperingatkan kita jangan berkawan dengan golongan yang mempersendakan agama,” katanya.

Menurut Dr Khairuddin berkata, apa yang perlu ialah mengambil ibrah daripada elemen dakwah yang dapat dicontohi melalui apa ditunjukkan.

“Elemen dakwah, elemen pembangunan insan, elemen tarbiah yang ada padanya perlu didukung,” katanya.

Tamat