Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan pembentukan Kabinet baharu pada jam 11 pagi esok.

Perkara ini disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi. Ini selepas Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang bagi mempersembahkan senarai nama anggota Kabinet baharu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook Istana Negara, sesi menghadap Seri Paduka berlangsung selama satu jam 30 minit.

Majlis yang bermula jam 11 pagi itu adalah bagi Perdana Menteri mempersembah senarai anggota Jemaah Kabinet baharu.

Beliau memerlukan pasukan yang mantap kerana di bahu mereka tergalas tanggungjawab besar untuk membawa keluar negara daripada pandemik, menangani masalah ekonomi serta kesejahteraan rakyat yang terjejas.

Dalam kenyataan itu menyebut majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri pula berlangsung Isnin ini jam 2.30 petang.

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan ringkas berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak akan membuat sebarang pengumuman hari ini.

“Tiada pengumuman dibuat oleh YAB PM hari ini,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Tamat