Emas pertama negara, Bonnie Bunyau Gunstin membuktikan sukan paralimpik mampu mengangkat martabat Malaysia apabila menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia.

Bonnie merangkul pingat emas melalui acara powerlifting kelas 72kg melalui Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tadi. Selain itu beliau turut memecahkan rekod peribadi dan rekod temasya dengan angkatan seberat 228kg yang sebelum itu dipegang atlet Iraq, seberat 227kg pada empat tahun lalu.

Bonnie yang turun selaku pemegang rekod dunia di Tokyo International Forum, mendahului saingan sejak daripada angkatan pertama dengan dia bermula dengan angkatan 217, 225, 228 sebelum percubaan keempat untuk memecahkan rekod dunia miliknya pada angkatan 231kg gagal.

Sebelum ini, Bonnie memecahkan rekod dunia dengan angkatan 230kg di kejohanan Piala Dunia Para Powerlifting Fazza Ke-11 di Dubai, Jun lalu.

Tamat