“Mohon doakan saya dapat melakukan tugas dengan integriti dan mempunyai kesungguhan dalam melaksanakan tugas,” itu antara pesanan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS, Idris Ahmad apabila dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Beliau dilantik bagi menggantikan jawatan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

Selepas melihat pencapaian Dr Zulkifli beliau berkata, akan berusaha melaksanakan tugas dengan baik atas kepercayaan diberikan. Pada masa menjadikanya sebagai kayu ukur kepada usaha dan kecemerlangan dilakukan Dr Zulkifli sebelum ini.

“Saya hanya menjadi orang parti dan tidak menjangkakan jawatan ini diberikan kepada saya. Insha-Allah, akan melakukan tugas dengan baik,” kata

“Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik dan akan memberi kerjasama (kepada semua pihak) serta akan jumpa (semua) agensi di bawah kementerian (apabila memulakan tugas nanti),” katanya.

Tamat