Melihat kepada barisan Kabinet Jemaah Menteri yang diumumkan memberikan kepercayaan kepada rakyat supaya Malaysia kekal maju di samping berjaya mengekang wabak pendemik COVID-19.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’Dr Khairuddin Aman Razali berkata, beliau mengucapkan tahniah kepada barisan jemaah menteri yang dipilih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mengembleng usaha ke arah kemajuan negara.

“Tahniah kepada barisan Menteri dan Timbalan Menteri yang baru. Tahniah juga kepada YB Senator Ustaz Idris Ahmad sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan YB Dr Nik Zawawi Saleh sebagai Timbalan Menteri Pertanian.

“Tahniah juga kepada YB Datuk Zuraida Kamaruddin yang mengambil alih tugasan di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi” katanya melalui laman Facebook rasmi milik beliau.

Beliau mengharapkan moga negara lebih maju dan jaya di bawah barisan Kabinet baru diterajui YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub.

Tamat