Terlalu mabuk sehingga disangka mati selepas motorsikal yang ditunggangnya merempuh kenderaan lain di sebuah jalan raya sekitar pekan Si Racha Thailand baru-baru ini.

Mengikut maklumat kerana terlalu mabuk, menyebabkan lelaki berkenaan langsung tidak bergerak sehinggalah menyebabkan petugas ambulan menyangkakan dia mati di tempat kejadian.

Susulan kemalangan itu, pengguna jalan raya menghubungi paramedik selepas mendapati mangsa terbaring di tengah jalan dan dianggap sudah tidak bernyawa.

Bagaimanapun, pegawai paramedik terkejut apabila mangsa ‘kembali bernyawa’ ketika tubuhnya sedia dimasukkan ke dalam beg mayat.

Siasatan awal mendapati, pemuda dikenali sebagai Pitak Kaewnamkam itu mengaku menunggang motosikal dalam keadaan mabuk.

Menurut pemuda berusia 25 tahun itu, akibat terlalu mabuk dia terbabas dan tertidur di tengah jalan.

Tamat