Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin yang baru dilantik menyambut baik kesediaan Mantan Menteri KPPK, Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bagi membantu beliau.

Dr Khairuddin menyatakan beliau sedia membantu bagi memperkasakan sektor komoditi negara terutamanya selepas kejayaan beliau meningkatkan harga pasaran minyak sawit mentah, dan getah melebihi dua kali ganda.

Sebelum ini Dr Khairuddin berjaya membawa komoditi negara menembusi pasaran di Timur Tengah, Iran , serta benua Afrika, Mesir, serta China amnya.

Menurut Dr Khairuddin, pada masa sama, KPKK turut membantu menstabilkan harga minyak masak, selain meningkatkan eksport sawit dan getah dan menolak manipulasi harga oleh EU terhadap minyak sawit.

“Insyallah saya bersedia membantu untuk terus memperkasakan industri Komoditi Negara. Tahniah kepada Zuraida atas pelantikan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

“Semoga pelantikan ini menambah satu lagi sinar untuk kecemerlangan pencapaian Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, katanya.

Sementara itu Zuraida berkata, beliau berbesar hati atas kesediaan Dr Khairuddin Dalam usaha memberi kesediaan membantu beliau bagi menguruskan KPKK.

“Alhamdulillah, terima kasih YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali atas kesediaan membantu.

“Insya Allah, amanah yang sangat berat ini akan saya pikul dengan bersungguh demi Keluarga Malaysia,” katanya.

Tamat