Walaupun masih sibuk dengan membantu pengurusan air di Kuala Nerus, Ahli Parlimennya, Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali tetap mengambil masa menyantuni seorang individu yang lumpuh.

Dr Khairuddin bertanya khabar berita, disamping menyampaikan bantuan bagi meringankan bebanan yang dialami oleh Puan Embak Muda, 50 yang lumpuh sebelum ini.

“Puan Embak Muda, 50an tinggal di Kampung Bukit Tok Ris mengalami sakit stroke akibat kemalangan berbasikal sebelum ini. Beliau kini dijaga oleh abangnya, yang tinggal berhampiran rumah beliau,”

“Oleh itu, saya berharap ziarah kami ini dapat menggembirakan semua pihak dan didoakan Allah memberikan kesembuhan kepada Puan Embak atas apa yang dialami,” katanya.

Tamat