Itulah nasib yang menimpa seorang lelaki Celeb Wallece yang menolak penggunaan vaksin, serta topeng muka semasa berlakunya pendamik COVID 19 kelmarin.

Wallece akhirnya mati selepas komplikasi jangkitan pendamik berkenaan setelah beberapa minggu terlantar di hospital Pusat Perubatan Shannon, San Angelo.

Menurut isterinya Jessica, dia antara individu yang kuat menentang pengguaan topeng muka semasa era Covid-19 kerana mengganggap ianya sebagai pencabulan hak asasi manusia.

“Caleb Wallace mula mengalami gejala COVID-19 bulan lalu, namun dia menolak untuk diuji secara klinikal dan divaksin.

“Wallace hanya duduk di rumah dan mengambil berbagai ubat secara sendiri termasuk vitamin C, aspirin ivermectin, dan zink serta berharap akan sembuh sepenuhnya sedangkan pihak kesihatan sudahpun mengeluarkan amaran berkenaan ivermectin,” katanya.

Mengikut rekod sebelum ini Wallace pernah menganjurkan dua tunjuk perasaan besar terhadap apa yang disebutnya sebagai “tirani COVID” mengenai penutupan perniagaan, topeng dan vaksinasi.

Tamat