Penternakan rusa merupakan satu bidang pertanian yang masih baru dan kurang diceburi golongan penternak haiwan walaupun ianya menjana pendapatan lumayan walaupun di kala waktu pendemik COVID-19 ini.

Bagaimanapun minat seorang lelaki terhadap haiwan berkenaan, berjaya menjadikan hobinya sebagai salah satu cabang peniagaan buat dirinya serta anak lelakinya.

Zulkifli Romli 52, dan anak lelakinya Khairil Faizie Zulkifli 27 berkata, pada awalnya dia mahu membela rusa sebagai haiwan peliharaaan sebagai hobi mengisi ruang lapang pada tanah sekitar di dusunnya di Kampung Wang, Padang Sera Kodiang.

“Saya bermula dengan lima ekor rusa, sebagai hobi kerana saya suka melihat sifat liarnya yang sentiasa melompat-lompat ia di dalam kandang di dusun selain dapat menjaga kawasan berkenaan dari ditumbuhi rumput rumpai.

“Kami sekeluarga memang meminati haiwan liar, dan bermula pada tahun 2010 saya melihat selain memelihara rusa berkenaan sebagai hobi, apa salahnya jika menjadikan ianya sebagai salah satu cabang peniagaan.

“Dalam beberapa bulan saya belajar memeliharanya, rusa yang ada mula mengawan dan mula menghasilkan anak-anak rusa yang lain dan menyebabkan saya mula membina kandang secara lebih baik, katanya.

Menurutnya selepas mendapatkan khidmat nasihat pakar, dia membina ladang sistematik pada keluasan tanah tiga ekar di dalam dusun buah-buahan dan dan sekali gus dapat menghalang rumput daripada tumbuh meliar.

Bermula dengan itu, Zulkifli dan anak lelakinya membina sendiri pagar ladang berkenaan setinggi 2 meter dengan keluasan 100 x 100 kaki dan modal sebanyak RM 50,000.

“Menentukan keluasan tapak ladang adalah penting bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan diantara baka penjantan dominan.

“Selain itu, pagar yang tinggi adalah diperlukan bagi memastikan rusa tidak melompat keluar selain, pokok yang ada perlu ditutup dengan zink untuk mengelakkan ia melanggar pokok untuk membunuh diri jika tertekan.

“Alhamdulillah kini ladang saya mempunyai sekitar 70 ekor rusa pada sesuatu musim selepas musim mengawan dan selebihnya perlu untuk dijual.

“Saya melihat penternakkan rusa dapat dijadikan salah satu cara mengawal rumput tanpa menggunakan racun selain dagingnya dapat dijual.

“Penternak rusa perlu lebih berhati-hati untuk mendekati rusa buat kali pertama kerana ianya mudah panik dan terkejut tidak seperti haiwan lain.

“Penjantan selalunya memiliki sikap alpha ataupun dominan dalam kelompok kumpulan sesuatu, satu penjantan mampu membuntingkan sekitar 25 ekor ibu yang lain.

Menurutnya, induk rusa akan mengambil masa sekitar tujuh bulan untuk mengandung selepas dibuntingkan oleh penjantan , dan sekitar itu, ia akan dilindungi oleh penjantan.

Penjantan biasa mempunyai tubuh yang lebih besar dan sasa, warna yang lebih gelap dan bulu berkilat dengan tahap berotot dengan janggut yang panjang dan juga tanduk yang besar dan tajam.

Biasanya hanya penjantang akan memiliki tanduk begitu dan juga tanduk mereka juga akan sering diasah di perdu pokok untuk kesiapsiagaan melindungi kawanannya serta berlawan jika perlu.

Menurutnya, penternakan rusa adalah lebih mudah dan tidak sesukar haiwan ternak lain lain seperti lembu dan kambing.

“Bagi saya rusa adalah haiwan yang paling mudah diternak dan memerlukan kos penjagaan rendah kerana ia tidak memerlukan kos pejagaan kandang, makanan dan juga kos perubatan,”

“Ini disebabkan rusa mempunyai sistem imun tubuh tersendiri, tidak mudah sakit, dan kadar kematian sangat kecil jika dibandingkan dengan haiwan ternak lain.

“Rusa adalah haiwan yang cukup unik kerana boleh memakan apa sahaja tumbuhan yang tumbuh meliar, dan dalam masa yang sama, dikatakan, ia hanya memilih jenis tumbuhan organik yang mampu menjana sistem imunnya tersendiri.

Dia mula membela rusa dengan baka Timoresis yang lebih jinak jika dibandingkan dengan baka yang lain walaupun saiz badan lebih kecil.

Selain itu, ternakan rusa memerlukan kolam takangan air untuk ia berkubang ketika musim panas bagi menyejukkan badan.

Kelebihan rusa ini kerana ia mempunyai kalori rendah dan rendah lemak selain dagingnya berasa lebih pejal dan mempuyai bau seoakan-akan herba dan tidak hanyir.

tamat