Itu antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Idris Ahmad apabila ditanya berkenaan kes ajaran sesat terbaru dikesan selepas laporan polis dibuat beberapa NGO hari ini.

Terdahulu terdapat kemunculan kumpulan bergelar ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ yang diasaskan oleh seorang wanita kini tular di media sosial sehingga menghimpukan ribuan pengikut.

Idris Ahmad berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan awal, bagi memastikan ianya berlanggar dengan syariat atau tidak.

“Bab berkenaan ajaran sesat ni kita perlu ada siasatan, kerana ada seksyen tertentu dalam undang-undang, jika bersalah memang tiada krompomilah.

“Mengenai serbuan itu, nanti kita serahkan pada pihak berkuasa, sekiranya melibatkan negeri , Majlis agama Islam negeri akan mengambil tindakan.

“Kalau berlaku di wilayah, wilayah akan mengambil tindakan, ini kerana bidang kuasa agama ini mengikut peruntukan bidang kuasa negeri masing masing,” katanya ketika ditemui.

Menurut selain, daripada penguatkusaan perkara paling penting ialah berkenaan akidah umat Islam

“Perkara utama ialah kita kena selamatkan akidah umat Islam, pendekatan yang digunakan mungkin kaedah kaunseling, berikan pendidikan pada mereka.

Ini kerana kita sayang kepada mereka semua, mungkin mereka saudara kita, mungkin abang kita, mungkin adik kita”, katanya.

Tamat.