“Buat siasatan segera, bimbang fahaman ajaran sesat serta mengancam akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah” itu respons Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) Abdul Rani Kulop Abdullah berkata, fahaman yang dibawa wanita selepas membuat laporan polis tadi.

Beliau bersama lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung fahaman Perjalanan Mimpi YangTerakhir (PMYT) yang diasaskan seorang wanita yang kini tular media sosial.

“Justeru satu siasatan perlu dijalankan dan tindakan yang segera peru diambil oleh pihak berkuasa, kerana bimbang menjadi ikutan golongan muda” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Susulan penyebaran ajaran PMYT itu, pihaknya mewakili NGO yang lain antaranya Ikatan Rakyat Insan Muslimin Malaysia (IRIMM), Gerak Kerja Gabungan Ayahanda Selangor (Gegas), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) dan Majlis Bendahara dan Akhlak Rahsia Cekal (ARC) membuat laporan polis.

Menurut, laporan dibuat bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya.

“Ayah mewakili jemaah ummah juga akan menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA) dan Sultan Selangor berhubung isu ini.

“Pihak berkuasa terutama jabatan agama di setiap negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan PDRM perlu bertindak segera bagi memastikan fahaman ini tidak lagi disebarkan.

“Ramai anak-anak muda terpengaruh disebabkan itu kami terpanggil dan meminta siasatan dijalankan,” katanya.

Tamat