Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad mahu menggunakan lima strategi utama, bagi menyantuni keluarga Malaysia mendepani COVID 19.
Menurutnya melalui tema ini, semua agensi bakal berkerjasama dalam usaha membawa keluar Keluarga Malaysia dari belenggu pendemik ini.
“Tema ini diangkat sebagai panduan kepada semua agensi Islam di bawah saya untuk melaksanakan dasar dan program yang menjurus ke arah membawa keluar KELUARGA MALAYSIA daripada kesempitan hidup akibat pandemik COVID-19.
“Bagi memastikan tema pentadbiran yang dicadangkan ini dapat direalisasikan, maka kami sepakat untuk untuk memberi fokus kepada 5 strategi yang kami namakan INISIATIF MANTAP.
“Inisiatif ini bertujuan memantapkan mental, rohani dan jasmani, sistem pendidikan Islam, institut keluarga dan sosial, institut surau masjid, serta pemantapan sosio ekonomi ummah, katanya.
Menurutnya Idris berkata, semua usaha ini akan dijalankan dalam tempoh kurang 10 hari bagi memastikan bantuan cepat sampai kepada Keluarga Malaysia.
“Bagi memastikan INISIATIF MANTAP ini dapat dilaksanakan dengan segera, saya telah menetapkan tempoh kurang 10 hari bagi semua agensi di bawah saya untuk merangka Pelan Intervensi Agensi Agama Mendepani COVID-19 atau ringkasnya PIAGAM-C19.
“Saya telah mengarahkan JAKIM sebagai lead agency untuk menyelaras semua 14 agensi Islam dan sebuah sekretariat khas akan diwujudkan oleh JAKIM bagi memastikan segala perancangan dan pelaksanaan dapat dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui tadi.
Tamat