Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin seakan sangat berbesar hati apabila Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, sedia berkongsi kaedah meningkatkan hasil komoditi negara.

“Saya berbesar hati bertemu dengan YB Dato Dr. Khairuddin Aman Razali dalam Majlis Serahan Tugas sebentar tadi.

“Bagi saya, YB Khairuddin telah berkhidmat dengan amat cemerlang sebagai Menteri MPIC sebelum ini. Tidak mudah untuk menggantikan seorang pemimpin berkaliber seperti beliau.

“Insha Allah, saya dan YB Khairuddin akan saling bertukar cadangan dan pandangan selepas ini demi MPIC dan kesejahteraan Malaysia,” katanya sewaktu sesi serah tugas di Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi tadi.

Menurut Zuraida, beliau akan terus mendapatkan beberapa nasihat bagi memajukan sektor komoditi negara.

“Kami sempat berbual tentang bagaimana mahu majukan lagi MPIC sebagai sebuah kementerian yang utama dalam meningkatkan hasil negara,”. katanya.

Sementara itu, Dr Khairuddin berkata, beliau berterima kasih kepada Zuraida kerana jemputan berkenaan.

“Terima kasih YB Datuk Zuraida Kamaruddin atas jemputan ke majlis penyerahan tugas tadi. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi insyallah lebih cemerlang dibawah kepimpinan YB.

“Terus bertugas demi rakyat dan negara kerana Allah. Saya sentiasa bersedia membantu berdasarkan secebis pengalaman,” katanya

Tamat