Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin mahu tingkat pendapatan 500,000 pekebun kecil melalui pengalaman sektor korporat.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) berkata, pada masa yang sama, warganya akan terus melaksanakan tugasan dengan komitmen yang tinggi, bagi menjadikan komoditi sebagai hasil utama negara.

“Sebagai penyumbang kedua tertinggi selepas sektor elektronik dan elektrikal kepada pendapatan eksport negara, sektor agrikomoditi akan dapat mengekalkan kepentingannya malah dapat dimajukan ke tahap yang lebih tinggi dibawah kepimpinan YB Menteri baharu.

“KPPK berharap dengan kerjasama yang erat di antara anggota pentabiran, pengurusan tertinggi, ketua pengarah dan ketua eksekutif agensi dan Majlis serta warga kementerian, ia akan menjadi tunjang kejayaan dan kemakmuran bersama,” kata kementerian itu dalam kenyataan media, hari ini.

KPPK juga mengucapkan selamat kembali kepada kedua-dua Timbalan Menteri iaitu Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dan Datuk Willie Mongin yang dilantik semula bagi membantu Menteri.

“Kementerian juga amat berbesar hati menerima seorang lagi Menteri wanita sebagai peneraju yang berketrampilan dan gaya kepimpinan tersendiri dengan pengalaman termasuk di sektor koporat serta gandingan kedua-dua Timbalan Menteri diperkuatkan dengan semangat kerjasama keseluruhan warga KPPK.

Walaupun saya tidak menyangka ditugaskan ke KPPK, sesuatu yang agak asing sedikit kepada saya tetapi saya mengambil ini sebagai satu cabaran yang besar memandangkan KPPK merupakan sebuah kementerian yang banyak menyumbang kepada hasil negara.

“Jadi ini akan menjadi satu cabaran bagi kita semua terutamanya dalam pandemik Covid-19 untuk memulihkan ekonomi negara. Justeru, kementerian ini juga akan menjadi satu kayu ukur bagaimana negara dapat pulihkan ekonomi, ia tertakluk kepada peranan kementerian.

“Apatah lagi KPPK dengan enam produk komoditi utama termasuk sawit, getah, koko, tembakau, lada dan kayu-kayan. Ini telah menyumbang sebanyak 12 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu hampir 100 bilion,” katanya.

Turut hadir, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng yang dilantik semula sebagai timbalan menteri KPPK dan timbalan menteri II, Datuk Willie Mongin yang menyaksikan majlis penyerahan itu secara atas talian.

Sementara itu, Zuraida turut menyambut baik ketetapan Perdana Menteri yang mahu setiap kementerian membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.

Pada Mac tahun lalu, Zuraida sekali lagi diberi kepercayaan untuk menerajui KPKT susulan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8.