Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi mempunyai hala tuju baru, meningkatkan inovasi bagi memperkasakan ekonomi.

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kementerian di bawah seliaannya kini bakal menjana ekonomi negara melalui revolusi inovasi baru.

Ini termasuk perancangan mengenai kaedah inovasi yang boleh meningkatkan ekonomi masyarakat selain memberi sumbangan kepada dunia dengan menjadi pengeksport dalam bidang sains dan teknologi, katanya

“Kita juga akan meningkatkan penglibatan individu yang memerlukan khidmat Mosti dalam memastikan kecemerlangan dalam bidang inovasi, sains dan teknologi,” katanya dalam sesi interaksi bersama Ketua Setiausaha Mosti Datuk Ir Dr Siti Hamisah Tapsir dan warga kementerian secara maya.

Dr Adham kini bertukar portfolio daripada Menteri Kesihatan kepada Menteri di MOSTI. MOSTI kini lebih terarah kepada membuat penyelidikan terhadap vaksin Covid-19 .

Sementara Khairuddin Jamaluddin mantan Menteri di MOSTI, bertukar menjadi Menteri Kesihatan yang menguruskan pembahagian vaksinasi ke seluruh negara.

Tamat