Hampir semua rakyat tahu, hal ehwal Agama Islam, diurus boleh Majlis Agama Islam Negeri masing masing yang tertakluk di bawah Sultan masing-masing, manakala bagi Wilayah Persekutuan diletakkan dibawah urusan Yang Di Pertuan Agung.

Itu adalah kenyataan yang pasti diketahui umum sebagai rakyat Malaysia yang bijak melainkan mereka langsung tidak mengambil peduli berkenaan pemerintahan bidang kuasa agama Islam bukannya di bawah Kementerian Hal Ehwal Agama Islam yang diterajui Senator Ustaz Idris Ahmad.

Pada masa yang sama, berkenaan hukum dan undang-undang Islam berada di bawah tanggungjawab Majlis Mufti Negeri. Kerana jawatankuasa mufti adalah ahli dalam bidang menetapkan hukum terutamanya fiqh dan syarie.

Jadi soalan yang ditanya oleh media Perak Insight memang sengaja menimbulkan salah faham, dan yang sepatutnya difahami oleh pengamal media.

Pengamal media seharusnya mempunyai pengetahuan sedikit sebanyak berkenaan struktur pemerintahan kerajaan negeri mahupun agensinya.

Boleh dikatakan pengamal media Perak Insight tidak mengambil tahu serta tidak membuat kajian awal berkenaan soalan yang ingin ditanya. Seharusnya buatlah kajian awal terdahulu bukannya dengan soalan melulu yang akhirnya bakal memalukan institusi media yang selama ini dihargai.

Tamat