PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada 27 September ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, usaha penyediaan RMK12 juga kini hampir 100 peratus siap.

“Unit Perancang Ekonomi (EPU) akan memberi taklimat dan maklumat terkini kepada perdana menteri mengenai penyediaan RMK12 tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda memulakan tugas di Unit Perancang Ekonomi berkenaan di sini, pada Rabu.

Turut serta adalah timbalan beliau, Datuk Eddin Syazlee Shith. – Bernama