Berkuat kuasa Ahad ini, harga kawalan kit ujian kendiri COVID-19 ditetapkan pada RM 19.90 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPNDHEP).

Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Nanta Linggi dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi kenyataan media berkata, harga adalah statik melainkan dibeli pada harga borong akan dijual RM 16.

“Permintaan terhadap kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian sendiri) dijangka meningkat susulan kesedaran orang ramai bagi membuat ujian sendiri bagi memastikan diri bebas daripada wabak COVID-19.

“Berikutan itu KPDNHEP sudah mengadakan libat urus dengan semua pemain industri tempatan dan pengimport dalam menentukan harga kawalan yang berpatutan bagi semua pihak.

“KPDNHEP juga menjangkakan kesan persaingan akan menstabilkan lagi harga jualan di semua peringkat seperti mana berlaku kepada harga pelitup muka,” menurut kenyataan itu.

Tamat