KOTA BHARU – Ahli politik yang didakwa menerima dana asing perlu disiasat kerana dikhuatiri boleh mengundang campur tangan asing di negara ini pada masa depan.

Naib Presiden Pas, Mohd Amar Abdullah berkata, siasatan oleh pihak berkuasa itu perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada ia benar atau sebaliknya.

“Jadi elok jika pihak berkuasa membuat siasatan berkait dengan perkara ini,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini ada beberapa sumber mendedahkan perkara tersebut,namun beliau tidak mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan itu.

Beliau berkata, Pas bimbang jika campur tangan itu berlaku ia boleh memberikan kesan tidak baik kepada negara. – SINAR