Satu video tular, apabila seekor ular laut hanya datang untuk ‘memberi salam’ dan ‘berselfie’. Dengar seakan pelik tapi itulah hakikatnya apabila melihat kembali video yang tular di media sosial.

Baru-baru ini, tular perkongsian video oleh seorang pembuat filem Australia yang dikenali sebagai Brodie Moss yang merakam satu ular laut yang menuju kearahnya papan dayungnya.

Dalam perkongsian videonya, ular yang dianggarkan sepanjang 2 meter tersebut kelihatan berenang menuju kearahnya dari jauh dan berhenti apabila sampai di papan dayungnya.

Lagi menarik apabila ular tersebut seolah-olah mahu menyapa dan memberi salam kepada mereka dan sempat meletakkan kepalanya sekejap atau papan dayung tersebut sebelum kembali berenang ke tempat lain.

Ular laut itu sempat letakkan kepala atas papan dayung. Bagi ular laut yang berada di Lautan Hindi dan Pasifik, ular ini akan naik ke permukaan air untuk bernafas. Berdasarkan portal Live Science, ular laut jantan mempunyai penglihatan mata yang kurang jelas dan menyebabkan kereta kadak-kadang keliru dengan menanggap manusia sebagai ular betina.

Ular itu beredar sebaik sahaja ‘singgah’ di papan dayung lelaki berkenaan. Ular laut pada kebiasaannya jarang mahu mendekati manusia dan kejadian tersebut merupakan sesuatu yang aneh dan juga agak unik kerana ular tersebut kelihatan langsung tidak takut dengan kehadiran manusia.

Tamat