KUALA LUMPUR:
 Kerajaan setuju menubuhkan jawatankuasa bersama Parlimen dan Jabatan Perdana Menteri untuk memastikan proses transformasi Parlimen.

Perkara ini dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, persetujuan dicapai pada pertemuan dengan Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun semalam.