Selepas Sittah Annur, pengasas Ajaran ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ ditahan, dan disiasat, pihak polis berjaya membongkar penemuan dana sumbangan pengikutnya sebanyak RM84,721.42 melalui penemuan resit di rumahnya tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Basri Sagoni berkata, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menahan suspek kira-kira jam 1.10 pagi bagi membantu siasatan.

Menurutnya, melalui penahanan wanita berkenaan pihak polis turut membuat rampasan lima telefon bimbit pelbagai jenama, sekeping kad bank, sekeping resit pemindahan wang ke akaun bank tempatan sebanyak RM84,721.42 dan sepasang telekung warna putih dipercayai digunakan oleh suspek semasa membuat bagi membuat siaran di Facebook.

“Siasatan juga mendapati wang diterima suspek menerusi rampasan resit pemindahan wang itu adalah hasil derma daripada ahli yang menyertai kumpulan ajarannya itu.

Basri berkata, permohonan tahanan reman terhadap suspek dipohon dan dibenarkan oleh Majistret Kuala Lumpur selama empat hari sehingga 7 September ini.

“Tangkapan suspek bagi membantu siasatan di mana setakat ini enam laporan polis diterima berkaitan isu yang sama dibuat di lima balai polis berasingan.

“Suspek dalam kes ini sebelum tangkapan dijalankan ada membuat laporan polis penafian dan menyatakan tidak pernah mewujudkan kumpulan ajaran sesat atau apa-apa kumpulan dan ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya.

Walaubagaimanapun, suspek menafikan semua tuduhan termasuk tindakan yang boleh mengancam keselamatan negara.

“Wanita turut mendakwa mimpi perjalanan terakhir diturunkan kepada dirinya sebagai panduan untuk umat yang lain dan sesiapa yang menyakiti atau menghalang dirinya dari menyampaikan ajaran boleh dicabut nyawa oleh Allah,” katanya.

Susulan pendedahan itu juga, Selain Mufti negeri, pihak berkuasa agama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengarahkan PDRM untuk mengambil tindakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kepada mana-mana individu yang cuba menimbulkan kegusaran, menakut-nakutkan dan mengganggu ketenteraman awam termasuk kepada kumpulan PMYT.

Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata, selain tindakan penguatkuasaan antara pihak berkuasa, pihaknya juga akan berusaha selamatkan pengikut kumpulan PMYT.

Tamat.