LONDON: Israel kini berada di tangga pertama kes penularan Covid-19 biarpun berada di hadapan dalam program pemberian vaksin.

Daily Mail melaporkan, ini jelas satu amaran kepada Britain, Amerika Syarikat (AS) dan negara lain yang mencapai kadar vaksinasi tinggi untuk terdedah kepada gelombang baharu.

Statistik yang dikumpulkan Oxford University menunjukkan terdapat 1,892 kes Covid-19 bagi setiap sejuta penduduk di Israel setakat Rabu lalu – hampir 0.2 peratus daripada keseluruhan penduduknya dalam masa sehari.

Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding negara kedua paling teruk dilanda Covid-19, Mongolia, yang mencatatkan 1,119 kes bagi setiap sejuta penduduk selainKosovo (980 kes), Georgia (976 kes) dan Montenegro (909 kes) yang berada pada lima kedudukan teratas.

Ini diikuti Grenada (690 kes), AS (594 kes), Cuba (583 kes), Malaysia (572 kes) dan Saint Kitts and Nevis (560 kes). – UTUSAN