Ajaran ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ kini disiasat oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bagi membuat penilaian untuk diwartakan sebagai ajaran sesat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, buat sementara waktu pihaknya menyerahkan kes berkenaan untuk siasatan penuh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum mengambil tindakan lanjut.

“Susulan daripada penyiasatan nanti, kami akan melihat tindakan yang boleh dibantu untuk menyelesaikan masalah ini memandangkan ia melibatkan dua perkara iaitu ajaran sesat dan keselamatan negara.

“Sekarang ini, keselamatan negara diutamakan terlebih dahulu. Kemudian individu yang terlibat dan pengikut-pengikutnya akan dikenakan tindakan bersesuaian dengan bidang kuasa kami,” katanya kepada hari ini.

Ahmad Marzuki berkata, pihaknya bimbang aliran pemikiran yang dibawa wanita berkenaan mengancam akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah disamping kata-katanya yang turut berbaur hasutan kepada keselamatan negara.

“Pertamanya ialah, mengadakan pertemuan dan melalui temu bual itu boleh lihat sama ada mereka menyeleweng atau tidak.

“Tindakan selebihnya diserahkan kepada pihak berkuasa agama negeri memandangkan ia merupakan bidang kuasa negeri. Denda dan hukuman adalah tidak sama untuk setiap negeri. Kami memandang serius perkara ini,” katanya.

Tamat