Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin galas tanggungjawab sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, keputusan itu dibuat Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 1 September lalu dan pelantikan berkenaan sudah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Seluruh jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 1 September lalu bersetuju untuk melantik Muhyiddin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

“Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zuki yang juga Setiausaha Jemaah Menteri berkata, pihak kerajaan mengucapkan setinggi tahniah kepada Muhyiddin di atas pelantikan berkenaan.

Tamat