Perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara membuktikan beliau masih diberi kepercayaan rakyat dan kerajaan.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang berkata, pelantikan ini bersesuaian dengan pengalaman beliau selama hampir dua tahun menguruskan pendamik ini.

“Pelantikan ini sebagai suatu kesinambungan tugasan yang telah dimulakan oleh beliau, sesuai dengan pengalamannya dalam menangani pandemik COVID-19.

“Semoga gandingan beliau bersama YAB Perdana Menteri mengharapkan segala usaha dan perancangan memulihkan negara berjalan lancar, demi menjamin kelangsungan hidup dan kestabilan ekonomi rakyat.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

“Pelantikan ini sebagai suatu kesinambungan tugasan yang telah dimulakan oleh beliau, sesuai dengan pengalamannya dalam menangani pandemik COVID-19,” katanya.

Tamat