Tan Sri Muhyiddin Yassin masih ditagih air tangan beliau dalam memacu memimpin agenda besar setelah lebih dua berperang menentang Covid-19.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Ts Khairil Nizam berkata, pelantikan Muhyiddin Yassin membuktikan kepercayaan kerajaan kepada ketokohan dan kemampuan beliau dalam era menentang Covid-19.

“Saya mengucapkan jutaan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas pelantikan tersebut dan berdoa agar Allah SWT sentiasa membimbing Tan Sri dalam membuat keputusan yang tepat dan terbaik untuk Malaysia.

“Tan Sri juga membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin yang berjiwa besar apabila menerima pelantikan ini.

“Terima kasih Tan Sri kerana memberikan contoh yang baik untuk ahli politik senior yang lain dan juga kami yang junior ini,” katanya.

Tamat.