Kementerian Tenaga dan Sumber Asli membantah sekerasnya tindakan nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Malaysia komited dalam memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi kawasan berhutan selaras dengan komitmen yang dinyatakan di peringkat antarabangsa.

“Pemeliharaan kawasan berhutan adalah penting disebabkan oleh peranannya dalam memberikan perkhidmatan ekosistem kepada kesejahteraan hidup masyarakat.

“Pihak kementerian dan jabatan/agensi berkaitan juga telah mengemukakan bantahan rasmi kepada Kerajaan Negeri Selangor berhubung pewartaan keluar HSKLU pada tahun 2020 dan

” Saya memandang berat dan mengambil perhatian pewartaan keluar hutan berkenaan yang melibatkan kehilangan sebahagian daripada keluasan asal iaitu seluas 957.63 hektar,” katanya.

Beliau berkata, sehingga tahun 2019, data Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) menunjukkan jumlah kawasan berhutan Negeri Selangor adalah pada 31.74 peratus.

“KeTSA mengambil maklum penggantian seluas 579.64 hektar melibatkan empat kawasan hutan berasingan iaitu Hutan Simpan Sungai Panjang (308.62 hektar), Hutan Simpan Buloh Telor Barat (149.96 hektar), Hutan Simpan Buloh Telor Timur (57.18 hektar) dan Hutan Simpan Broga (63.88 hektar) sebagai Hutan Simpanan Kekal

“Dalam hal ini, kementerian ini juga mengesyorkan agar kawasan gantian tersebut terus dilindungi dan dipulihara bagi memastikan kawasan berhutan di Negeri Selangor dikekalkan.

“Kerajaan Negeri Selangor diharap memastikan kawasan hutan yang telah diwarta keluar tersebut dibangunkan dengan bertanggungjawab dan mengambil kira amalan pembangunan lestari termasuk memastikan kecukupan zon penampan dan semua syarat Laporan Kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) yang telah ditetapkan, dipatuhi sepenuhnya,” katanya.

Menurut beliau, bagi memastikan pembangunan yang bakal dilaksanakan tidak mengganggu gugat kawasan hutan dan ekosistem yang terletak bersebelahan, mahupun kehidupan masyarakat setempat khususnya masyarakat Orang Asli.

Tamat