Kerana mahukan perhatian media, seorang peguam yang sentiasa viral dengan panas, liberal Siti Kassim, hari ini mengeluarkan kenyataan palsu mendakwa Senator Idris Ahmad memakai jam tangan mewah.

Terbaharu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu terpaksa menjawab dakwaan Siti Kasim mengenai jam tangan yang dipakainya adalah jenama mewah Rolex.

Naib Presiden Pas itu berkata, beliau sudah lama memakai jam tangan Buruj yang mempunyai kelebihan waktu solat dan arah kiblat.

“Untuk pengetahuan, jam Buruj ni lama dah saya pakai, senang nak tahu waktu solat & arah kiblat. Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat,” katanya melalu laman media sosial Facebook rasmi miliknya.

Sebelum ini Siti Kassim membuat tohmahan melalui posting hantaran di Twitter yang mendakwa Idris memakai jam tangan emas Rolex.

“Dengar dia adalah Menteri Agama yang baru sekarang. Merata berdoa di lantai pejabat ke mana sahaja dia pergi. Juga memakai tanda nama Jawi sahaja. Tiada BM (Bahasa Malaysia). Tetapi tengok jam tangan emas Rolex miliknya,” tulisnya.

Tamat