Melihat kepada persoalan lawan seakan tidak berpuas hati apabila Datuk Seri Haji Hadi Awang dilantik sebagai duta ke Timur Tengah. Sudah pastilah, duta harus menggalas tanggungjawab besar, membawa jenama, imej negara dalam segala urusan.

Ini sedikit sebanyak info berkenaan Hadi Awang dan pengaruh beliau, nilaikan sendiri hala tuju negara yang kini mempunyai hubungan dagang besar di Timur Tengah.

Pada masa sama, Hadi Awang aktif dalam penulisan ilmiah, hampir 30 judul buku ilmiah tulisannya dalam berbagai bahasa cetusan pemikiran melalui hubungan politik Islam, serta asimilasi budaya bangsa Melayu memberi pengaruh besar kepada nusantara, serta seantero dunia.

Sudah pasti membawa pengaruh dagangan mahupun hubungan dua hala perlukan mereka yang punyai nama besar di rantau Timur Tengah kerana budaya mereka berbeza.

Pengalaman sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia menjadi aset utama, sedikit sebanyak membantu Malaysia dalam usaha merencanakan ekonomi, perkongsiaan teknologi, serta hubungan dagang.

Bolehkah Lim Kit Siang, menggalas cabaran serta tugas itu? Siapa pula Lim Kit Siang? Jom kenali figura ini.

Pengalaman Politik

Lim Kit Siang telah menjadi Ahli Parlimen sejak 1969, dan merupakan salah seorang ahli politik paling lama berkhidmat di Malaysia.

Lim Kit Siang bermula dalam DAP sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan dan Editor organ Parti, The Rocket, dari tahun 1966-1969. Beliau kemudian menjadi Setiausaha Agung Parti dari pada 1969 dan seterusnya dilantik menjadi Pengerusi Kebangsaan dari 1999-2004.

Lim Kit Siang pernah mengetuai blok Pembangkang Parlimen Malaysia dari 1974 hingga 199

Beliau pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

1969 – Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama 18 bulan.
1987 – Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama 17 bulan (Operasi Lalang).

Walaubagaimanapun Lim Kit Siang banyak menimbulkan isu sensitif agama, serta bangsa Melayu. Sehinggalah Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah membuka siasatan berhubung kenyataan kontroversi dimuat naik Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang membabitkan isu berkaitan Allah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata kenyataan Kit Siang itu dilihat berunsur hasutan dan cuba memecahbelahkan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

Lim Kit Siang juga masih lagi berahsia berkenaan status tempat lahirnya sehingga Presiden Pertubuhan Minda Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao membuat laporan polis berkenaan isu ini, kerana melalui sumber sebelum ini hanya menyatakan figura ini tiba di Malaysia pada tahun 1957.

Tamat.